Saturday, 21 June 2014

Pemandu Kurier Malam



Intro.


Pecah peluh betul bila loading & unloading barang. 1st day aku keje, dah boleh susut 3kg.. hahaha.. pencapaian yang sangat tidak di sangka.

Pekerjaan terbaru aku sebagai Pemandu Lori Kurier Malam benar-benar membuka satu lembaran sejarah dalam hidup aku. Aku memulakan pekerjaan ni pada 19 Jun 2014, tarikh yang akan aku ingat sampai bila-bila. waktu kerja pula, 2100 hrs sampai 0700 hrs next day.

Kerjanya senang pada bunyi, kayuh dari Ipoh ke Subang, singgah di Kampar dan Tanjung Malim, pandu semula ke Ipoh dan singgah semula di Tanjung Malim & Kampar. Kerja berdua, ada partner dan boleh ganti-ganti memandu. Lori pulak bukan lori besar mana, cuma lori 5 tan jenis Hicom, (BDM) yang memang overweight,(isi selagi boleh isi). Plet number, AFS 601. ABX Express, body kaler hitam.

Job Nature


Apa yang berat pada kerja ni?..  Masa nak naik dan turunkan barang la. Di Kampar, memang kena load & unload, agak teruk juga la. Tshirt aku memang basah lencun dengan peluh. Di T. Malim agak senang sebab barang sedikit. Azabnya bila sampai di hub Subang. Turunkan barang ok, tapi nak menyusun barang, sadis rasanya. kotak kecik dan kotak besar, loose semuanya nak di susun dalam bonded tu. Dok di bawah pun sakit, dok diatas pun sakit. Time ni je la kerja yang betul-betul perah keringat dan kederat. Masa di hub Subang, Tshirt aku basah dengan peluh sampai boleh perah! Nak sampai Kampar baru kering peluh di Tshirt tu..

Partner aku nama dia Din, muda dari aku, tp muka nampak tua. Maybe sebab kerja berat dari muda. (Aku memamg sweet 18, hahaha). Asal Kuala Kangsar, anak sorang dan menetap di Bercham. Memang sporting abis dia ni. Keje xde berkira, dan memang cekap handle lori tu. Aku boleh bawa, tapi skill aku xpower lagi la macam Din ni. Sikit2 aku tengok skill dia. Elok juga partner ngan Din ni, dia bawa macam setan, aku pun memang macam setan bila pegang stering. Dia ni xlokek ilmu dan sepanjang 2 hari ngan dia ni, banayak perkara baru aku belajar especially pasal life seorang pemandu lori.

Setakat ni, Din akan kayuh dari Ipoh sampai Tjg Malim, then aku sambung sampai Subang. Masa turun ke Ipoh, aku kayuh dari Subang sampai Kampar sebelum Din sambung ke Ipoh. Din boleh rest lepas Subang dan aku plak boleh rest lepas dari Kampar. masa on da way naik ke Subang.


Ending


Aku rasa, masih dalam happy mood untuk buat kerja ni, even pinggang aku sakit kawkaw selepas 2 hari keje. MISC pun still buat senyap, dan aku pun malas nak kol Dayabumi tu.  At least aku dapat experience baru dalam hidup, tau susah payah kehidupan sebagai pemandu kurier, experience memandu waktu malam dan awal pagi , dan paling menarik, ialah bertemu orang-orang baru yang berkecimpung dalam industri kurier ni.

Dah la, banyak sangat aku bercerita. Malam ni nak kayuh lagi ke Subang. Adios!