Tuesday, 20 January 2015

Kerjaya Baru Aku . - Pemandu Bas Henti-Henti Part 1.



Part 1. 

Pekerjaan Baru - 1 Langkah ke Belakang.



Cita-cita menjadi nyata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pada pembaca dan netizen yang terjumpa blog aku yang tidak seberapa ini. Blog yang di create untuk aku mengarang supaya otak aku ni sentiasa cair dan dapat berkongsi idea-idea mengenai kehidupan sekitar yang aku lihat dan pernah lalui.

Kali ini aku akan ceritakan mengenai cita-cita aku. Apabila di tanya semasa kecil, apakah cita-cita aku, aku selalu akan berkata, aku mahu jadi PEMANDU BAS. Dan ia nya menjadi gurauan aku pada rakan-rakan sebaya yang sama-sama belajar sama ada di peringkah rendah, menengah sehingga ke UiTM. Ada yang memandang sinis dan ada yang berkata aku gila.

Memang aku minat bas dari kecil, sejak mula aku kenal dunia. Aku sendiri tidak tahu, mana munculnya minat pada kenderaan panjang beroda 6 ini.  Sejak umurku seawal 11 tahun, ayah mula
memberi kepercayaan padaku untuk balik ke Batu Kurau bersendirian menaiki bas. Bagai pucuk di cita ulam mendatang, aku mula pandai memilih bas yang cantik untuk naik. Aku harus menaiki 4 buah bas untuk sampai ke Batu Kurau dengan 4 buah syarikat yang berlainan Pada masa itu (sekitar tahun 1994), perkhidmatan bas di Perak memang betul-betul boleh di percayai. Basnya mempunyai frekunsi yang banyak dan mempunyai ramai penumpang. Aku mampu sampai pada jam 2 ptg d Batu 20, Bt Kurau dengan bertolak pada jam 9.00 pg dari Tapah.   Dan yang sedih, aku juga menyaksikan satu persatu syarikat bas yang pernah membawa aku dulu, jatuh dan menamatkan operasi. (yang akan aku ceritakan dalam entry akan datang)


Aku mulai mempunyai lesen PSV (Public Service Vehicle) sejak July 2014. Bermula dengan mengambil lesen E (Lesen Kenderaan Bermotor BTM > 7500kg) pada December 2013,aku menyematkan azam, "worst case jika aku berhenti belayar, aku still boleh pandu lori atau bas untuk kelansungan hidup."  Setelah sign off dari Bunga Bakawali, pada May 2014, aku mula ricky job sebagai pemandu lori dan aku end up sebagai pemandu dengan ABX Express (courier company) sebagai Line Haul Driver. Selepas raya Aidilfitiri 2014, aku mula mencari kekosongan jawatan sebagai pemandu bas untuk aku mencapai cita-cita aku yang sekian lama terpendam.
Kenangan Bersama Hasri, Bas AHH 4316 

Aku di terima bekerja di syarikat PERAK TRANSIT untuk sektor K dan mula berkhidmat pada 14 August 2014 di stesen Kampar.  Basically, sektor K ialah, sektor "Kinta", iaitu syarikat yang memegang 5 laluan disekitar selatan daerah Kinta.

Pada hari pertama, aku memulakan tugas pada jam 7.00 pagi. Bas pertama yang aku pandu, jenis Hino RK, no pendaftaran AHH 7615. Laluan pertama aku ialah, laluan 66, iaitu laluan Kampar-Ipoh di mana aku perlu memandu 5 trip ulang alik. Konduktor pertama yang menjadi sifu aku ialah En. Hasri, seorang konduktor otai yang memang sudah lama bekerja semenjak zaman bas Kinta xde aircond lagi. Laluan Ipoh-Kampar ini tidak lah terlalu asing untuk aku kerana, memang menjadi laluan aku berulang alik semasa aku sekolah di Taiping dan juga semasa belajar di Arau. Aku cuma perlu biasakan diri dengan "Bus Stop" yang berada di sepanjang laluan.   Dan Hasri memberi tunjuk ajar mengenai bus stop di sekitar laluan 66 ni.


Bas Pertama di Hari Pertama bersama Perak Transit



Antara kenangan di hari pertama aku bekerja, bas pertama aku ni, mengalami masalah "angin bocor"dan terpaksa "tidor" di Batu Karang selepas trip yang ke 3. Alhamdulilah, aku punyai sedikit pengetahuan mengenai pengendalian bas, aku berjaya mengawal bas sebelum park dengan selamat di Batu Karang. Untuk trip ke 4, aku di beri bas mini,24 seat jenis Hino untuk satu trip. Dan paling lawak, bas ni, locengnya rosak (atau aku xtau suis loceng tu). Aku terpaksa selalu usha cermin untuk tengok sama ada ada penumpang yang mahu turun. Untuk trip ke 5, aku dapat semula bas panjang Hino RK, no pendaftaran AHH 7024.


Alhamdulilah, aku berjaya mengharungi hari pertama sebagai pemandu bas dengan jayanya. Aku habis kerja pada jam 930pm. dan esoknya aku perlu mula bekerja pada trip 640 pagi. Memang seronok mengendalikan Hino RK 44 seat ni. Memang impian aku menjadi kenyataan pada hari itu.


Diam tak diam, sehingga hari ini 20 Jan 2015, aku sudah 5 bulan bergelar pemandu bas. Bukan pangkat dan nama baik yang aku kejar, tapi keseronokan dan kepuasan dalam bekerja yang aku cari dalam semua pekerjaan yang aku pernah buat. Sehingga kini, aku still enjoy dengan pekerjaan baru ku ini.




Bas yang aku dapat semenjak menjadi OMO Driver.


















No comments:

Post a Comment