Monday, 17 July 2017

Kehidupan Di Perak Transit



Demi Mencari Semangkuk Daging.


Cuba bagitau aku, apa pekerjaan yang tidak letih? Jika tidur itu satu pekerjaan, maka tidak akan ada orang berkata, "banyak tidur", "letih tidur", dan sebagainya. Even pekerjaan yang kita paling suka pun, mesti ada keletihan dan lelahnya.

Kehidupan aku sejak 3 tahun lepas, aku mencari nafkah sebagai pemandu bas henti-henti paling besar di Perak. Dengan rendah hati, aku memberitahu, sehingga hari ini, aku masih belum menukar majikan. Aku masih setia bersama syarikat The Combined Bus Service atau dikenali sebagai Perak Transit. Aku bertugas di stesen Kampar, cuma 15 kilometer dari kediaman sekarang.  Aku tidak menyewa tetapi aku tinggal bersama ayah dan emak di kediaman keluarga.


Laluan.

Laluan yang menjadi seliaan stesen Kampar ialah :

1. Kampar-Ipoh (Laluan 66),
2. Kampar-Malim Nawar (Laluan 69)
3. Kampar - Sg Siput (S) - Sahom (Laluan 70)
4. Gopeng-Kota Bharu (Laluan 68)
5. Gopeng-Batu Gajah (Laluan 67).
6. KTM Kampar-Bandar Baru-Westlake (Laluan 66A) Laluan ini telah dihentikan.

Aku sudah khatam semua laluan ini dan sekitar  tahun 2015 dan 2016, aku juga berpeluang menggantikan pemandu untuk laluan ekspres syarikat ini iaitu Ipoh-Taiping dan Ipoh-Cameron Highlands.

Sekitar 3 tahun ini, aku sebenarnya telah resign dari syarikat ini, tapi cuma untuk 10 hari. Aku resign kerana jemu kena laluan bodoh pada masa itu, laluan KTM Kampar ke Bandar Baru Kampar. Mana tahan punya kerja, jalan xde jadual, jalan ikut suka, penumpang pun xde Aku jadi jemu sebab asyik tidor sambil tunggu keretapi di stesen KTM Kampar. Paling sadis,akuboleh jadi bola pulak. Boleh di tendang ke laluan Ipoh la, Malim Nawar la,.. dan tidak tentu hala jadinya untuk backup sekiranya ada bas yang rosak di laluan tersebut. Satu perkara yang aku akui, masa tu OT memang best dan kawkaw.

Setelah bertukar penyelia, laluan tersebut, disusun semula dan di namakan laluan (66A), tetapi atas faktor komersial dan kekurangan pemandu dan bas, laluan tersebut cuma bertahan sehinggga hujung 2016 sebelum di hentikan sepenuhnya.

Memandu Laluan 66.


Aku antara pemandu yang regular untuk laluan Ipoh-Kampar ini. Aku akui, memang seronok bekerja di laluan 66,atas beberapa faktor. Faktor pertama, kerana jumlah kutipan harian yang tinggi. dan tentu ianya penting kerana aku mampu meraih komisyen atas kutipan harian, selain dari gaji asas dan kerja lebih masa. Aku tidak mahu dedahkan jumlah kutipannya, tetapi, ianya antara kebiasaannya yang tertinggi di dalam syarikat Perak Transit.

Faktor kedua, kerana adanya "duit barang". Ianya bukan rahsia di Medan Kidd dan menjadi kebiasaan, bas sebagai pengangkut barang. Antara kebiasaan barangan yang di bawa ialah,  alat ganti kenderaan. Charge yang dikenakan ialah RM 4 untuk satu barang. Jika barang itu besar dan berat, ataupun bukan "regular customer", RM 5 akan di kenakan. Dan duit barang ini, 100 peratus masuk ke poket pemandu atau di bahagi dua jika jalan bersama konduktor.

Faktor ketiga, keseronokan laluan ini, kerana laluannya panjang (40 km sehala) di mana, aku boleh memecut bas, bermain-main dengan bas depan(jika pemandu bas depan macam kura-kuara), dan paling seronok bila boleh pandu bas dengan laju (macam yang selalu aku imaginasikan) pada waktu tidak puncak. Antara bas kegemaran aku ialah model Hino RK (bas pink orang panggil) di mana aku pernah larikan bas AHH 4316 aka Suhaila di kelajuan 125km/h. Kebiasaannya, Suhaila aku tekan dalam 95kmh-100kmh bila jalan clear.

Keseronokan terbaru aku sekarang, sekiranya aku mampu "sailang"  bas bodoh iaitu MyBas laluan T34 (Medan Kidd-RTC Gopeng-Medan Kidd). Walaupun hilang hampir 1/3 penumpang antara RTC Gopeng ke Ipoh kerana diorang bertukar ke MyBas, tetapi keseronokan tetap ada kerana MyBas lah yang akan cover area tersebut jika bas dari Kampar tidak mampu lagi untuk ambil penumpang.(Bas kitaorang biasanya penuh pada hari minggu dan jika satu bas miss).

Jadual Tugas


Setelah 3 tahun, pelbagai pengalaman yang aku timba di sini. Pemandu bersilih ganti. Yang cekal pasti bertahan dan tidak berhenti. Kerana di stesen Kampar punya

Mengenai roaster kerja. Apa yang menarik di stesen Kampar, pemandu bukan setiap hari akan mula kerja awal pagi. Ada kalanya bermula petang. Bas paling awal yang akan berlepas pada hari bersekolah ialah, bas laluan 70, iaitu 5.45 pagi kerana mengambil pelajar dari Sahom pada jam 6.15 pagi.  Tetapi laluan Laluan 70 akan bermula pada jam 8.00 pagi pada hari tidak bersekolah. Trip terakhir bas laluan 70 ialah 6.15 petang dimana kerja akan tamat sekitar jam 7.15 malam.

Untuk laluan 66, bas pertama seawal jam 5.55 pagi dan bas terakhir ialah 10.25 malam
Paling lewat habis kerja ialah jam 11.30 malam sekiranya kena trip malam. buat masa sekarang, ada 3 bas yang di cover oleh pemandu dari Kampar, iaitu 5.55 pagi, 6.30 pg dan 6.55 pagi. Semasa ada bas dahulu, seorang pemandu akan masuk kerja pada jam 3.00 petang dan memandu sehingga trip malam iaitu 9.30 malam dr Kampar dan dari Ipoh 10.30 malam.  

Untuk laluan  67 & 68 , seorang pemandu dan sebuah bas bermula dari stesen Gopeng. Trip pertama ialah pada jam 6.45 pagi dan trip yang terakhir ialah pada jam 6.30 petang.  Pemandu tersebut akan memandu ke laluan 68 pada jam 11.05 pagi, 1.30 tgh hari, 3.30 petang dan 5.30 petang

Sebelum artikel ini ditulis, seorang pemandu dari Kampar akan cover route 68 bermula 6.50 pagi dari Gopeng dimana masa yang di cover ialah, 6.50 pagi, 8.00 pagi(Lawan Kuda Bharu) dan 8.20 pagi. dan trip berakhir sekitar 9.10 pagi di Gopeng. Pemandu tersebut kebiasaannya akan mula bertugas di laluan 66 bermula jam 3.00 petang . Atas kekurangan bas, trip pagi tersebut telah dibatalkan.

Untuk Laluan 69, bas pertama ialah pada 6.00 pagi dan trip terakhir ialah 9.15 malam (habis kerja sekitar 10.15 malam). Kebiasaannya trip ini akan di laksanakan oleh 2 pemandu.  Sebelum ini, laluan ini mempunyai 2 buah bas di mana bas kedua ialah jam 6.40 pagi dan trip terakhir ialah 6.00 petang.(habis bertugas sekitar 7.00 malam). Tetapi atas kekurangan bas, bas kedua telah di hentikan buat sementara waktu.

Kenangan bersama manusia di Perak Transit Kampar.

Ah Yoong.


Semasa era Ah. Yoong menjadi penyelia, aku antara bola yang selalu di tendang oleh beliau. Aku boleh jalan ke mana saja tanpa masalah ( aku di pinjamkan untuk pandu ekspres atas kebenaran Ah Yoong). Di era beliau, pemandu agak berdisiplin kerana Ah Yoong sangat tegas dan punyai pengalaman dalam operasi bas. Dia bekerja sejak zaman Kinta lagi.  Aku juga antara yang punya overtime yang tinggi kerana menjadi bola beliau.(tapi punya komisyen yang kurang). Memang penat, tetapi agak berbaloi masa zaman Ah Yoong menjadi penyelia. Pada zaman tersebut, pemandu-pemandu kesayangan dia (tidak perlu sebut beberapa nama) betul-betul buat duit kerana di letakkan ke laluan 66. Aku punya banyak masa mengorek ilmu beliau sebagai penyelia. Dek kerana jadi bola, aku layan kan je walaupun pendapatan aku tidak sekencang pemandu kesayangan yang terlebih rajin.  
Ah Yoong banyak mengajar aku mengenai pengurusan bas. Aku juga pernah duduk sebagai Station Master untuk 3 hari sebanyak 2 kali menggantikan Ho Yu Meng yang sedang kemaruk ke Thailand.
Pengalaman menguruskan operasi bas ini memang tidak akan di ajar di mana-mana buku.  

Ho Mei Ling


Ah Soo ini ialah orang yang pertama sekali aku jumpa semasa di Stesen Kampar. Berumur awal 70an, sangat garang kononnya, tapi memang seorang yang baik hati. Bertugas sebagai station master sebelum berhenti kerja kerana syarikat mahu menukarkan beliau ke Ipoh. Dia bekas konduktor bas dan setelah berhenti kerja, beliau masih sihat menunggang motor sekitar pekan Kampar. 

Ada peristiwa yang menyentuh hati aku oleh Ho Mei Ling ni. Ada suatu petang, jalan sesak dan memang tiada masa untuk makan. Hari pula hujan dan aku memandu route 66 bas no 4 (pada masa tu ada 4 bas dari Kampar). Memang lapar.  Ah Soo ni, memang simpan stok makanan kat office Kampar dan dia tengok aku beberapa trip lansung tidak turun bas. Time nak jalan 7.15 malam tu, dia suruh aku naik atas, makan oat yang dia bancuh. Dia cakap, dia tahu aku tidak makan sebab jalan sesak dan nak beli makanan pun tidak punya masa. Menitik air mata aku. Ah Soo ni bukan mak aku pun, tapi, betul dia ambik berat pasal aku. Dia banyak bagi nasihat, suruh jaga kesihatan la.. macam emak2.. Aku layankan jer. Dan aku banyak belajar resam masyarakat cina dengan Ah Soo ni. Banyak sekali cerita yang di kongsi beliau dan nanti aku akan coretkan dalam entry yang lain.


Ho Mei Ling juga ajar aku pasal pengurusan wang. Dia juga di kenali sebagai ceti di kalangan kami pekerja di Kampar. Sekarang, Ho Mei Ling ada juga datang ke station, dan setiap kali kami berbual, pasti ada orang yang datang jumpa dia bagi duit. 


Hasri Bin Baharudin & Zainal Bin Mat


Arwah Hasri meninggal pada 5 March 2016 dalam perjalanan pergi kerja. Beliau merupakan konduktor pertama aku. Tunjuk ajar pasal lokasi hentian bas, dan juga unwritten rules dalam bekerja di syarikat bas. Orang yang rajin bekerja dan sangat kemas dalam berpakaian. Dari arwah, aku belajar perasaan dan persepsi seorang ayah pada anak-anaknya. 

Anak-anaknya punyai kerjaya yang baik dan memberi saraan kepada beliau,tetapi beliau masih mahu bekerja atas alasan tidak mahu susahkan anak-anaknya. Perkara yang sama di kongsikan oleh seorang lagi konduktor iaitu Zainal Bin Mat. Dari keduanya, saya lebih faham persepsi seorang ayah. 

Zainal Bin Mat merupakan konduktor yang tinggal selain Ismail Bin Hadri. Konduktor otai ini dikenali agak sombong, tetapi sangat mesra apabila mengenali beliau. Meniti usia emas, kedua mereka masih setia bekerja sehingga hari ini. 

Ismail Hadri merupakan pemandu pada zaman Kinta sebelum membuat keputusan menjadi konduktor. Beliau sekarang bertugas di laluan 70. 

Ismail dan juga Yap Yong Poi (Ah Poi) merupakan tester aku sebelum bekerja bersama Perak Transit. Kedua mereka approve dan rekemen aku pada Ah Yonng  yang aku boleh memandu. Masa test dengan mereka, aku memandu bas pink AHH 7615 , dan laluannya dari Bas Station Kampar, pusing di Bandar Baru berdekatan Sekolah Sri Sentosa dan patah balik ke Kampar. 




No comments:

Post a Comment