Wednesday, 19 July 2017

Coretan Bekas Admin Officer.



Intro


Bergambar selepas selasai port formalities
Sekadar pengenalan pendek. Aku pernah bertugas sebagai Admin Officer selama 6 tahun, belayar bersama kapal chemical tanker milik syarikat MISC Berhad. Pengalaman kerja selama 6 tahun, sign on & sign off kapal, dan pernah belayar sebanyak 8 kali bersama 7 buah kapal diantara tahun 2008 - 2014.

Skop Kerja 


Skop pekerjaan Admin Officer (A/O) ini, tidak terhad kepada tugasan pentadbiran atas kapal, tetapi turut menjadi Ketua Katering. A/O bertanggungjawab untuk merancang dan membeli bahan makanan, mentah dan juga kering. Selain itu juga, A/O turut bertanggungjawab terhadap perancangan pembelian barangan di Bonded Store  seperti rokok, titbites, minuman ringan dan barangan keperluan peribadi seperti yang di persetujui di dalam Mess Committee Meeting. Barangan di Bonded Store  keluarkan oleh A/O kepada crew atas persetujuan kapten dan  kebanyakannya di jual ( tolak dari gaji la) kepada crew kapal sebagai kegunaan peribadi.

Penanda aras seorang A/O dari kacamata krew ialah kepandaian A/O tersebut merancang bekalan makanan & rokok. Mengapa aku berkata demikian?  Rata-rata krew akan menyebut & mengingati A/O yang bagus dan baik dimana rekod A/O tersebut tidak pernah putus bekalan rokok, stor makanan yang tidak pernah berkunci dan juga sangat senang untuk berurusan hal bonded store.
Aku pakai Catering Officer punya epoulette. 

Sedikit pertambahan info, rank Chief Steward ini bersamaan tugas Catering Officer dan di upgrade oleh MISC menjadi Admin Officer di mana ada pertambahan tugas-tugas pentadbiran dan paperwork mengikut ISM & ISPS.



Tricks . 


Aku punya beberapa guru semasa menjadi Junior A/O. Antaranya Tadjo'urus Bin Khairuddin. yang lebih mesra di panggil pakcik.

Pakcik banyak berkongsi pengalaman beliau.  Anak kelahiran Gopeng ini,separuh dari umurnya sekarang di habiskan di kapal. Beliau bermula sebagai steward dan perlahan-lahan menjadi chief steward pada penghujung tahun 80an.  Beliau mempunyai puluhan pengalaman belayar di bulk carrier, kapal kontena dan sekarang kapal chemical tanker.



Buah makanan kuda kata orang lama.
Antara tricks yang aku dapat ialah mengenai kegunaan epal hijau. Tahukan anda, epal hijau boleh di jadikan pengganti bawang?  Epal hijau yang rasanya masam-masam boleh sangat sesuai sebagai pengganti bawang.  Pada masa bulkers dulu, kebanyakan kapal mempunyai route yang pelbagai dan masa di lautan sukar di jangka akibat perjalanan yang jauh. Keputusan barangan kering seperti bawang menjadi perkara biasa pada cook pada zaman-zaman itu. Tambahan pula, epal merupakan sejenis buah yang tahan lama dan paling kurang di gemari oleh krew kapal.  Kisah epal hijau ini turut di kongsi oleh cook Mohd Azri Bin Adam ataupun lebih mesra dengan panggilan Pak Sheikh. Beliau akan blender epal hijau dan juga bawang untuk mengelak kan epal hijau tersebut terbuang.



Imej dari Pakcik Google
Trick kedua ialah taucu. Mana nak cari nak cari taucu kat Eropah tu.Memang xde orang jual pun.  Apa yang diajar oleh Pakcik pada aku, gunakan kacang panggang dalam tin (baked bean). Baked bean tersebut, di basuh dan dicampur bersama kicap cair, dan sedikit garam, dan disira di atas ikan goreng ataupun lauk yang anda ingin taucukan. Memang simple. Kata Pakcik, ada rupa taucu tak? Memang ada rupa taucu la bila tengok. Tapi rasanya?  Maaf, aku tidak pernah sesekali mencuba tricks ini di kapal. Memang di kebanyakan kapal, stok kacang panggang ni banyak kerana ia mudah di dapati di mana-mana pelabuhan. Kebiasaannya, kacang panggang ini di makan bersama roti ketika sarapan.



Penutup 


Kisah dikapal tetap disimpan kemas sebagai kenangan untuk aku. Pengalaman yang sangat berharga ini, cuma boleh di peroleh oleh meraka yang pernah belayar. Walaupun dengan pelbagai undang-undang terbaru dan ketat, aku masih yakin, hidup di kapal masih lagi enjoyable walaupun tidak seseronok mereka yang melalui zaman-zaman sebelum ISPS & ISM.

Aku juga menambah banyak kenalan ketika belayar. Sebahagian besar kenalan yang dikenali ketika belayar, masih lagi berhubung melalui FB. Ya, mereka selalu membuat aku rindu untuk kembali belayar.








No comments:

Post a Comment