Thursday 27 July 2017

Lesen Bas, Lesen Lori . Bagaimana Mendapatkannya?



Intro.


Cita-cita aku untuk menjadi Pemandu Bas bukan sekadar mainan kata. Aku berminat memandu sejak dari kecil. Se usai usia 11 tahun, aku sudah mencuri-curi pandu kereta ayah, Datsun 120Y, bernombor pendaftaran MK 6886.  Ayah mula melepaskan aku sendirian menaiki bas untuk balik ke Sahom sejak berusia 10 tahun dan akibat pertambahan adik dan kereta tidak muat, ayah membenarkan aku sendirian balik ke rumah opah di Batu Kurau, menaiki bas dari Bt 3 Temoh, ketika aku semuda 12 tahun. 

Dari umur awal belasan tahun, aku sudah memerhatikan, bagaimana bas di pandu. Seat kegemaran aku, tentulah seat yang paling hadapan, kerana aku mudah untuk melihat pemandu memandu. Model bas yang di gunakan ketika itu, ialah Hino dan juga Mercedez . Aku paling teruja, bila menaiki bas Express Ipoh-Taiping, kerana pada masa itu, bas syarikat itu menggunakan bas air-cond, dan kebanyakan basnya jenis Mercedez engine belakang. Ketika perjalanan, keadaan dalam bas sangat senyap dan jika duduk di bahagian depan atau tengah, seolah-olah bas bergerak tanpa bunyi enjin. 

Mencari Informasi.


Agak sukar orang seperti aku mencari informasi, bagaimana untuk memperoleh lesen memandu bas. 
Dari cerita mulut, seseorang perlu memperoleh lesen D (lesen memandu kereta) sebelum boleh mengambil lesen E (Lesen E ialah, lesen untuk memandu kenderaan BTM melebihi 7500kg) .

Di era Internet, aku juga cuba mencari informasi, ternyata aku gagal menemukan. Dalam entry kali ini, biar aku membuat sedikit catitan, step by step, bagaimana seseorang layak untuk memandu kenderaan berat, tidak kira, bas, teksi, lori pasir ataupun treler. Semoga perkongsian aku ini membawa faedah kepada mereka yang mahu menceburkan diri dalam bidang ini.


1. Pra Kelayakan untuk Mengambil Lesen Kelas E  


Sebelum seseorang boleh memperoleh lesen E, anda perlu mempunyai lesen kelas D competent ataupun CDL(Competent Driving Licence dan bahasa mudah, lesen penuh).  Ia bermaksud, seseorang, sekurang-kurangnya perlu ada 2 tahun lesen memandu sebelum boleh ambil lesen E. (Lesen P akan di upgrade  ke CDL selepas 2 tahun, sekiranya tiada apa-apa masalah). 
Umur mesti 21 tahun dan ke atas untuk mula mengambil lesen E.

Bagaimana untuk kita tahu, driving school tersebut ada offer untuk buat lesen E?  Sekolah Memandu yang ada lori untuk tujuan belajar, selalunya ada offer untuk ambil lesen E.  Kosnya? Ia bergantung pada driving school tersebut. Aku membayar RM 620.00 untuk membuat lesen E di I-City Driving School Simpang Pulai.

Sebelum boleh memegang steering lori tersebut, aku kena menghadiri ceramah dan menunggu untuk dapat lesen belajar lori (Lesen L). Sesudah memperoleh lesen L, maka boleh  lah mula untuk belajar memandu lori.  Oh, ya..lori rigid ialah kenderaan yang digunakan untuk mendapatkan lesen E. Tempoh masa antara ceramah,belajar dan test lesen E ialah sekitar 40-45 hari, bergantung kepada hari test oleh JPJ. 

Setelah melepasi tempoh belajar memandu lori, maka aku menduduki test lesen E yang dilakukan oleh JPJ. Alhamdulilah, aku lulus dengan sekali ambil. Oh ya, apakah ujian yang di lakukan ketika test lesen E ni? Ujian seperti ujian memandu kereta, ada part bukit,parking dan juga jalan raya. Parking ialah dengan cara mengambil side parking. Agak mudah jika selalu berlatih ketika latihan.

Setelah selesai test dengan JPJ, tunggu dalam seminggu untuk JPJ update didalam sistem komputer mereka. Selepas itu, bolehlah ke pejabat JPJ berhampiran untuk menambah kelas pada lesen anda.


2. Lesen Vokasional

Mempunyai lesen kelas E belum melayakkan anda memandu kenderaan perdagangan sama ada bas ataupun lori. Mana ada kenderaan persendirian di Malaysia ni yang BTM melebihi 7500kg melainkan kenderaan perdagangan? Betul tak?  Untuk memiliki lesen vokasional, seseorang mestilah berusia 21 tahun dan ke atas.

Dalam tempoh sebulan sebelum test untuk lesen E, aku mengambil lesen vokasional GDL,(Goods Driving Licence) ataupun bahasa melayunya, Lesen Kenderaan Barangan. Dan selepas sign off dari Bunga Bakawali (my last ship) aku mengambil lesn PSV.

GDL Kejur

Lesen GDL ini terbahagi kepada 2 jenis, iaitu GDL Kejur ( memandu lori rigid) dan GDL Bersendi
(memandu lori treler).

Proses mengambil GDL ini ialah, pertama, membuat medical checkup (borang boleh di muat turun dari laman web JPJ) ataupun ambil dari driving school. Medical checkup boleh dilakukan di mana-mana klinik swasta. Resit bayaran RM 50.00 perlu disertakan sekali bersama borang yang telah ditandatangani oleh doktor yang membuat pemeriksaan.

Yang kedua, perlu mendengar ceramah selama 6 jam di driving school yang anda pilih . Driving school yang mengadakan ceramah GDL ini mempunyai jadual tersendiri untuk waktu ceramah. Ia bergantung juga kepada permintaan untuk mengadakan kelas. Setelah menghadiri ceramah GDL, maka tentulah peperiksaan bertulis yang perlu di ambil.

Peperiksaan bertulis GDL di adakan di pejabat JPJ yang di tetapkan. Tarikh peperiksaan adalah bergantung kepada JPJ dimana anda boleh membuat semakan bersama driving school.  Markah lulus tidak silap saya ialah 44 jawapan betul dari 50 soalan Peperiksaan di jalankan di dalam bahasa Melayu dan keputusannya boleh diperoleh setelah sejam tamat waktu peperiksaan.

Setelah lulus peperiksaan bertulis dan anda punya lesen D dan E, maka anda layak untuk memandu lori tidak kira berapa beratnya, asalkan ianya rigid body.

GDL juga sebenarnya di perlukan oleh posmen-posmen dan juga despatch kurier yang bermotor. Ia kerana, motorsikal di gunakan sebagai kenderaan barangan. Jika anda punya lesen D sahaja, maka limit lori yang ada boleh pandu ialah BTM 3500 KG sahaja. (info benar setakat 2014, khabar angin mengatakan kini lori BTM 5000kg kebawah pun boleh guna lesen D) .

Setelah seminggu lulus ujian bertulis, maka bawalah gambar anda bersaiz pasport, bersama salinan keputusan peperiksaan bertulis dan medical checkup tadi ke pejabat JPJ untuk anda membuat lesen vokasional anda. Tempoh sah laku lesen vokasional ialah setahun sahaja. Ia bermaksud,  setiap kali mempebaharui lesen vokasional, maka medical checkup juga perlu di sertakan sekali.

GDL Bersendi.

Dek kerana publisiti mengenai gaji pemandu treler yang tinggi, maka ramai anak muda bercita-cita untuk memandu treler.  Seorang pemandu lori balak boleh menerima pendapatan RM10k sebulan.   Lesen yang di perlukan untuk memandu lori jenis trailer ini ialah lesen vokasional GDL bersendi.

Tambahan dari mengambil GDL kejur, GDL bersendi pula perlu melalui beberapa langkah. Oh ya, tambahan informasi, ceramah GDL yang di hadiri, mempunyai tempoh setahun validiti. dan antara pra-syarat mengambil GDL bersendi ialahme menghadiri ceramah GDL.  Harga untuk mengambil GDL bersendi ialah bergantung pada driving school yang kita hadiri. Di I-City Simpang Pulai, harga untuk GDL bersendi ialah RM 650.00 (Tahun 2014).  Untuk GDL bersendi, sekiranya validity lulus ujian dan ceramah  GDL masih belum tamat tempoh, calon perlu belajar untuk memandu treler di driving school terbabit. Setelah tamat tempoh belajar, (sekitar 16 jam jika tidak silap)  maka boleh lah menduduki ujian yang dilakukan oleh JPJ.

Sekiranya ujian bertulis dan sijil ceramah sudah tamat tempoh, maka proses mengambil GDL bersendi ini bermula semula seperti GDL kejur tadi.


Lesen Vokasional PSV 

Bila di sebut lesen PSV, ia ialah satu lesen untuk mengendalikan kenderaan penumpang. Lesen PSV terbahagi kepada 3, iaitu PSV Konduktor (hampir tidak lagi di jalan kan) , PSV Teksi dan PSV Bas.

PSV Bas

Prasyarat kelayakan memiliki PSV bas, seseorang mesti terlebih dahulu mempunyai lesen E (CDL E) Seperti mengambil lesen GDL, ianya bermula dengan ceramah dan ujian bertulis. Perbezaannya, selepas lulus ujian bertulis, maka barulah layak calon tersebut untuk memasuki kelas amali memandu bas.

Antara latihan untuk ujian JPJ yang di lakukan ialah parking L secara mengundur, zig-zag kon dan ujian jalan raya. Antara ujian jalan raya ialah, berhenti di hentian bas yang di tetapkan. Pada hari test, seorang pegawai JPJ akan duduk sebagai penumpang dan menjalankan ujian jalan raya.

Mengenai tempat belajar untuk lesen bas ini, aku belajar di City Driving School, di Amanjaya, Ipoh. Dek kerana tidak banyak driving school yang mengadakan kursus bas, aku terpaksa ke sana untuk belajar. Kosnya ialah RM 800.00 (Tahun 2014) .

PSV Teksi.

PSV Teksi merupakan lesen vokasional sebelum seseorang boleh memandu teksi. Iainya cukup dengan CDL  D. Seperti mengambil PSV bas, dimana perlu mendengar ceramah, mengambil ujian bertulis dan lulus serta perlu belajar untuk ujian amali bersama JPJ.  Ujian amalinya berbeza dengan PSV Bas di mana calon akan memandu teksi sebenar bersama Pegawai JPJ.


Penutup.

Sistem pekerjaan pemandu kenderaan berat di negara kita masih lagi mudur jika dibandingkan dengan negara Eropah. , Isu terutamanya dari segi penggajian, di mana pemandu di kebanyakankan syarikat tiada gaji asas dan KWSP dan SOCSO. Pemandu dibayar diatas trip ataupun komisyen yang mereka perolehi. Lebih memburukkan keadaan, para pemandu gila-gila  mengejar trip dan juga komisyen supaya mendapat pendapatan yang lebih. Kenderaan di pandulaju dan ia merupakan faktor penyebab kemalangan.

Masa memandu juga tidak di kawal oleh pihak berkuasa. Ada pemandu yang bekerja lebih 14jam sehari, 26 hari berturut-turut malah ada yang lebih dari itu. Ia boleh menyebabkan keletihan kepada pemandu di mana ialah boleh menjadi faktor kepada kemalangan.  Lebih memburukkan keadaan, segelintir pemandu terpaksa mengambil air ketum, pil kuda dan syabu untuk mereka kekal cergas.

Istilah work-life balance memang tiada di kebanyakan pemandu terutama pemandu bas ekspres jarak jauh. Pemandu ini, berhari-hari di atas bas,(aku pernah jumpa satu brader jalan Ipoh-Singapore, sudah sebulan tidak pulang ke rumah) di mana kesukaran untuk turun akibat tiada pemandu ganti. Ini menjadi punca kepada stress kepada pemandu.

Sedikit perkongsian dari Belanda. Pemandu bas di sana mempunyai satu kad, dimana ianya akan di slot di dalam bas untuk merekodkan masa memandu mereka. Syarikat akan menyemak kad tersebut dan laporan akan dihantar secara berkala kepada pihak berkuasa. Mereka cuma di benarkan memandu 9 jam sehari dan hari kelima 10 jam dan 48 jam seminggu. Menurut pemandu berbangsa Surinam itu, beliau mampu memperoleh sekitar EUR 2400-EUR 2600 sebulan dengan sistem tersebut di syarikat beliau bekerja. Gaji di sana juga bergantung kepada jarak perjalanan di mana, mereka turut mempunyai bas ekspress rentas negara.

























8 comments:

  1. terima kasih sahabat di atas penerangan yg padat...sangat² membantu๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  2. Bro ! Info abang nie memang bagus! Very good information keep it up' Great work

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, boleh tahu berapa gaji part time driver bas? kira jam atau perjalanan? saya baru nak cuba menceburi bidang bas ni. terima kasih

    ReplyDelete
  4. Baru bercita2 no jd driver prime mover, to bila baca bab tiada work-life balance terus pikir 10x...huhu

    ReplyDelete
  5. Saya nak tanya jika kita dah ada lesen psv kereta sewa atau pun lebih senang lagi bas mini apakah langkah seterusnya untuk mengambil lesen bas express ye ada yang berpengelaman tak boleh tolong bagi jawapan sebab sekarang keliru

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum. Boss... Sy

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum boss..
    Sy dulu amik lesen bas... Tapi agen tu mintak sy amik lesen E dulu. Masa amik lesen E tu mcm amik lesen keta awal2. Kena belajar bawak lori dan test jpj.buat parking,Bukit,Jalan luar dan main kon...dh selesai buat E lori tu(lulus)ak terus buat lesen bas sama juga cara bljr nya cuma bukit je xdak.. Persualanya skrng baru skrng ak perasan kat kad lesen ak xdak E lori. Psv E bas je ad.. Mmng sepatutnya mcm tu ke? Ad sapa2 tahu?

    ReplyDelete
  8. Lesen E sdh ambil tapi gdl belum lagi khusus sah lesen 1tahun ke saya melebihi 4 bulan adakah saya masih layak

    ReplyDelete