Bunga Melati 3
Setiap perkara punyai pertama kali. Pertama kali ke sekolah, pertama kali berjauhan dari keluarga, pertama kali ke sesuatu tempat dan banyak lagi perkara PERTAMA dalam hidup kita.Pekerjaan PERTAMA merupakan asas untuk siapa kita dalam kehidupan. Belayar merupakan pekerjaan rasmi ku yang kedua.
Selepas tamat kursus di ALAM, aku stay JOBLESS hampir 3 bulan sebelum di panggil untuk sign on Bunga Melati 3. Executive Manning untuk Chemical Fleet ketika itu Cik Suziliana. Comel orangnya dan seindah nama... dan Non Exec yang uruskan segala urusan ialah En. Aznan Zabidi. Encik Nan lah yang banyak menguruskan urusan aku on dan off kapal ni. 7 kapal yang aku join, 5 di uruskan oleh En. Nan . Senang berurusan dengan En Nan di sebab arrangement dia memang cun. Ada masa untuk rest sebelum start journey yang di tetapkan.
1st vessel aku, aku di hantar ke Adabiya, Egypt. Aku on dengan Shafiq, 1st ship jugak tp sebagai Jr Electical Engineer. 1st time jugak aku merasa naik kapal terbang. Memang perkara ni la yang aku expect bila keje kapal. Sebelum tu, asyik antar orang dan barang pegi airport. Then tengok je kapal terbang yang tengah parking tu. Kali ni aku sendiri yang merasa naik. Perasaan bercampur-campur antara happy dan cuak. Cuak sebab nak kene pegi Egypt. Jauhh tu...
Aku terbang ke Cairo melalui Dubai pada 21 October 2008/ 0200 hrs dengan pesawat Emirates. Pesawat B 777-200 . Memang besar dan aku jadi sakai sekejap. Mata melangak tengok kiri kanan. PERTAMA kali naik pesawat, dan di sponsor oleh company. Rasa macam orang kaya sekejap, padahal masa tu dalam poket cuma tinggal RM 200.00 Masa nak take off, aku punya cuak sebab tetiba flight tu memecut laju. Dari rasa gegar2 tetiba terasa menaik dan aku tau, burung besi tu dh tak cecah tanah. Bila suma dah ok, stewardess pun start edarkan makanan. Antara yang aku ingat dia kasi kek krim macam kek birthday tu, roti dan planta. Aku punya sengal, amik krim atas kek tu, sapu pada roti then komplen dalam hati, bodos pnya company, kasi jem tawar...padahal roti tu kalo di sapu butter yang di beri, memang marvelesss... setiap kali bila atas flight dan dapat makanan mcm tu, mesti teringat kisah roti dengan krim tawar tu..
CAIRO.
Due to time different, aku sampai Cairo jam 1100am. Beza masa dengan Malaysia ialah 6 jam. Aku rasa mengantuk sebab penat, tapi tengok hari, masih pagi. Nasib punya baik, kapal masih belm masuk port. Agent hantar pegi hotel dulu. Dapat la rest. Agent pesan, kalo mau makan, just pegi di restoran hotel tu then tandatangan. Esok jam 7 pagi, dia datang pick up kitorg untuk pergi kapal. Lepas makan aku pun Zzzzz.. Mana tahan, dekat 24jam tak tidur.
Cairo atau Kaherah ni, merupakan satu bandar lama. Aku cakap macam tu sebab airportnya buruk dan jalan dalam bandarnya memang sesak. Bunyi hon tu perkara biasa bagi orang sana. Jalan 2 lane, senang je jadi 3-4 lane dibuat dek pemandu Arab Egypt ni, Subang Airport , 4 kali lagi cantik dari airport Cairo.
Sana juga ada sistem rel untuk pengakutan dalam bandar. Tapi, Masya Allah,.. buruk jugak la..
Cuaca masa tu agak panas. Bulan October/November ialah peralihan musim dr musim panas ke musim sejuk di Egypt. Jangan hairan sebab Egypt pun ada tanam strawberry..
Untuk menggambarkan lebih tepat lagi.., sapa penah tonton movie Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih?Apa yang di gambarkan dalam movie Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih memang real dan reflect situasi di Cairo.
Keesokan hari, agent datang jemput untuk bawa aku ke kapal. Perjalanan dari Cairo ke Suez mengambil masa sekitar sejam setengah. Jalan nya lurus dan kiri kanan padang pasir tandus. Ada certain kawasan yang di bangun kan sebagai kawasan industri. Aku sampai bandar Suez dalam jam 10 pagi. Agent bagitau, kapal baru masuk pagi ni. Di pendek kan cerita, jam 3 petang aku sampai ke pelabuhan Adabiya dan PERTAMA kali pijak kaki di gangway, atas deck dan KAPAL itu sendiri. Tarikhnya aku masih ingat, 22 October 2008.
Bandar Suez ni, siang2 memang mati. No wonderlah aku xnampak orang dan kedai2nya banyak yang tutup. Rupa-rupanya, style orang Suez, keluar waktu petang dan malam. Aktiviti perniagaan diorang mula selepas Zuhur dan membawa ke tengah malam. Aku sempat merayau di bandar Suez semasa shore leave di bawa oleh Senior ku, Azhar Hj Ismail.
Orang-orang yang PERTAMA aku bekerja di kapal.
Information yang aku tau mengenai diorg skrg ni..
Master - Capt. Freddie Florendo. (xtau kemana menghilang)
Sr Admin Officer pertama aku - Azhar Hj Ismail. (Masih belayar bersama MISC)
Cook - Azrim Shuffian (Masih belayar - Bunga Azalea)
Steward - 1. Omar (Masih Belayar - Bunga Bakawali)
2. Zul Haniff (Masih belayar dan dh jadi Cook di Bunga Kantan 2)
Lepas tu ada change crew d Rotterdam.
Azhar Ismail diganti Apandi Ismail (baru off)
Azrim diganti oleh Osman Ghani (baru off)
Omar di ganti oleh Mokhtar (Cook di Bunga Kantan 3 dengarnya)
Pegawai & Kakitangan Deck & Engine yang aku masih ingat masa 1st ship dulu.
Chief Officer - Saiful Mahathir (skrg dengarnya suda jadi Kapten)
2nd Officer - Asrul (Suda jadi Chief Officer)
3rd Officer - ??
Ch Engr - Aftab Alam Khan
2nd Engr - Said Osman
3rd Engr - ??
4th Engr -??
Bosun - Ramli Awang di ganti Pak Manaf
Oiler - Roslan Saman diganti Talib Hamit
Pumpman - Nasir / Dzuljalali (Cicak) diganti Sukri / Badron
Greaser - Mat Subki
AB - Hairi , Sanoq , Roel
OS -Ali Jaafar
Ada ramai lagi. Saya minta maaf kerana tak dapat mengingati semua.
Masa 1st ship dulu, aku merasa ada 2 Steward dan 4 OS. Sekarang ni OS pn inggal 2 dan steward hanya seorang. Dalam crew list dulu ada 37 crews. Sekarang ni?, sejak Melati Class abis di jual, maka xkan jumpa lagi dah kapal chemical yang punyai crew yang ramai. Seingat aku sejak main A class ni, max dlm crewlist untuk suma anak-anak kapal pn cuma 30 orang..
Aku stay xlama di Bunga Melati 3. Sebabkan operational matters, aku kene off d Fujairah pada 11 January 2009. (company antar riding crews untuk buat keje sebab kapal nak masuk dock) . Maka aku pn sign off dari kapal pertama ku.
Kini Bunga Melati 3 pun sudah di jual oleh MISC dalam tahun 2013 kerana faktor umur kapal .
Mengikut cerita kawan2 yang ada masa handover kapal, kapal tersebut telah di tukar nama ke Melati 3 dan Flag / Port of Registry kini ialah Tuvalu/Funafuti.