Cameron Highland.
Credit to www.cameronhighlands.net |
Tanah Rata merupakan pusat pentadbiran untuk Cameron di mana pejabat kerajaan dan hospital di tempatkan. Tumpuan pelancong satu masa dulu cuma di Tanah Rata. Kini, dengan akses jalan raya yang mudah, semua pekan di Cameron di banjiri pelancong. Pembukaan Taman Bunga persendirian dan kedai2 jualan hasil Cameron Highland, selain kedai teh Bharat Tea dan Boh Tea, merancakkan lagi ekonomi di Cameron.
Destinasi pertama aku mesti Bharat Tea. Terletak kira2 10km dari Ringlet. Apa best kat sini??.. Cheese Cake mmg marvelous selain pemandangan ladang teh yang seluas mata memandang. Selepas layan tea straberry n heese cake, aku sure singgah tmpt jualan teh..Tea House ni juga ada menjual product Bharat Tea yang sememangnya xkan jumpa dah d bawah ni. Teh yang eksotik dan rare seperti tea cinnamon, mmg ada jual kat sini. Aku xpenah beli yang pelik2 sebab aku tau, mmg adik2 aku xminum..
Next destinasi ialah ladang strawberry. Faveret ladang aku ialah dekat dengan Rumah Peranginan Persekutuan . Simpangnya terletak berhampitan padang golf dan ada signboard utk ke Rumah Peranginan Persekutuan . Area situ juga banyak ladang strawberri. Untuk senang aku, aku pilih yang mana ada byk parking space dan orang xramai.. Selain petik straberry, ladang2 ni juga menjual benih sayur, kactus dan bunga segar. Aku buat apa kat tempat tu??.. tibai aiskarim strawberry la..
Selepas setel mkn ais krim strawberry, ngan cuci mata tengok
Selesai di Kea Farm. aku bawa pelancong2 aku ke Ladang Boh di Sg Palas. Di Ladang Boh Sungai Palas ni, ada mini muzium. Ada la few peralatan lama yang diorg gunakan. Ada jugak pic2 lama yang sangat RARE.. Paling terBAEKK di sini ialah kedai Tea House milik Boh. Tea House tu ada satu pelantar yang mengadap bukit. Bukit tu penuhh pokok teh. Penah tengok film Ombak Rindu?.. babak Aaron Aziz dengan background ladang teh,?? lokasinya di Ladang Tea Boh Sungai Palas.
Impian aku pasal Boh Tea House masa 1st time datang dulu?..aku nk bw awek dating idamanku di pelantar tu sambil layan tea panas n udara yang sejuk2 gtu.. Owhhh... sayang sekali, awek idaman ku dgrnya akan berkawin xlama lagi... ahahaha.. padan muka aku..
Tapi AWAS,.. nak sampi ke Boh Tea House tu, jalan mmg sempit.. Simpang ke situ memang agak tricky. Pemandu yang kurang keyakinan dan amatur, di nasihatkan tukar ngan pemandu yang lebih cekap or naik shuttle yang di sediakan untuk pergi ke Ladang Boh Tea Sg Palas ni.
Selesai di Boh Tea, maka aku pusing balik, bawa pelancong2 aku ke Brinchang. Di Brincang ni complete. Ada Masjid, Stesen Minyak, Tempat Makan etc.. Hotel pn byk d Brinchang ni. Dan part paling best ialah PASAR MALAM BRINCHANG. Tips untuk tuan-tuan, harga barangan (sayur/buah/teh tp rasa=ya xde jual bunga byk mcm kedai bunga kot??) Pasar Malam Brinchang lebih murah berbanding tempat lain di Cameron. Macam mana aku tau?.... Sebab aku regular naik Cameron untuk beli sayor fresh. SAYOR, SAYOR SAYOR... ahahaha...
Untuk aku, one full day dah cukup untuk jalan d Cameron.. but untuk orang yang jarang naik/pertama kali naik, suggest utk bermalam di salah satu pekan di sana dan enjoy hawa dan kesegaran udara yang segar. Memang segar udara kat sana especially di Gunung Brinchang.
Banyak hotel untuk di pilih di Cameron Highland dan boleh pilih bergantung pada budget anda.
Pasal public transport di Cameron .. (Topik faveret aku nih) suma bas luar akan pegi ke Tanah Rata..
KL & Penang/Butterworth, mmg ada bas ekspress direct setiap hari naik Cameron kecuali tanah runtuh/bas rosak..Selain tu dari Singapore/ Johor Bahru pun dah ada direct ke Cameron (aku tp xbleh nk confirmed).
Dari Ipoh juga ada bas ke Cameron. Bas Perak Transit..amik dari Stesen Bas Ipoh (dkt Medan Kidd).
atau dari Terminal Amanjaya (Bas Ekspress) yg mana bas ekspress dari Penang/Butterworth akan singgah untuk ambil penumpang ke Cameron Highlands.
Pilihan Bas Express yang ada,
Express Unititi - Cameron-KL
Cameron-Ipoh-Butterworth-Penang
Express GTBhai - Cameron - KL
Express CS Travel - Cameron - KL
Express Konsortium Bas Ekspress - Cameron - JB
Sapa yang lagi terer,
Untuk perjalanan dalam Cameron Higland, terdapat teksi dan juga Bas Regal tu sendiri. Kekerapan perjalanan aku xpasti. yang aku ingat, bas Regal akan jalan dari Tanah Rata up to Blue Valley. (dekat simpang Jalan Simpang Pulai-Gua Musang). Untuk keselesaan, lebih baik guna kenderaan sendiri.
Jadual bas Regal terbaru Tapah - Cameron masih melekat dlm otak aku ni..,
0830h.1100h, 1330h dan last bas 1600h .. alternative boleh naik teksi... or contact aku la..(aku charge jugak.. ahahaha..) nanti aku post pasal service aku kat sini..
Credit to MalaysiaXpress Buses |
Paling latest aku dengar company bas Pahang Lin Siong start juga servis KL-Cameron(Tanah Rata) melalui Raub,K.Lipis & Sg Koyan..
.
Atas ni gambar bas yang di deploy oleh Pahang Lin Siong untuk jalan KL-Cameron. Tggu .. aku pasti akan cuba rasa naik bas ni. .
No comments:
Post a Comment