Tuesday, 25 February 2014

Beraya Kita..



Sambutan Aidilfitri di Kapal 


Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan yang di sambut oleh umat Islam. Ramai yang tertanya-tanya, "bagaimana la sambutan Hari Raya di kapal tu?"  

 Bagi pelaut yang terpaksa bertugas, Hari Raya Aidilfitri tetap di sambut. Paling terbaik jika Hari Raya jatuh semasa kapal sedang bersauh, (anchored) untuk masuk ke pelabuhan. Jika belayar di lautan pula, paling terbaik jika cuaca sedang bagus. 

Aku sendiri sudah 5 kali bertugas semasa Hari Raya. Sejak 2009, aku memang x merasa ber hari raya di darat. Sambutan hari raya tetap diadakan secara sederhana dikapal. Tiada membakar lemang, atau mengayam ketupat, tetapi juadah yang di sediakan oleh Catering Department sudah cukup untuk menggembirakan anak-anak kapal. Cook,Steward dan A/O merupakan mastermind untuk sambutan ini  dan dibantu oleh anak-anak kapal yang lain.

Aku bernasib baik kerana setiap kapal yang aku bertugas, aku punyai catering crews yang memahami tugas sendiri dan anak-anak kapal yang cukup membantu dan sporting. Paling best, sekiranya kapten pula seorang yang supportive dan cukup memahami kehendak anak kapal yang beragama Islam khasnya.

Agenda di Hari Raya kebiasaannya di mulakan dengan Solat Sunat Aidilfitri. Selepas itu di sambung dengan jamuan buffet. Pada malam sebelum hari raya, Catering Department akan mula memasak. Pelbagai juadah yang di hidangkan dan antara yang menjadi kewajipan ialah, nasi himpit, sate, lemang dan kuih-kuih raya. Selain itu beberapa juadah khas turut di sediakan seperti nasi minyak dan juga lauk pauk yang lain.

2011


Tahun 2011. semasa berhari raya di Bunga Melati 4 , kami bernasib baik kerana kapal anchored di Zhangjiagang. Pilot untuk berlabuh cuma akan datang pada jam 10 pagi. Jadi, kapten ketika itu, Capt. Suhaimi A Rahim mencadangkan, supaya sembahyang sunat Aidilfitri di buat pada jam 7.00 pagi. Kebetulan pada masa itu, subuh memang awal.  Usai solat sunat, kamu menikmati jamuan Hari Raya. Jam 9.30 pagi, kakitangan deck suda mula standby untuk  menaikkan sauh dan aku pula jam 1130 pagi mula bekerja kerana urusan formalities untuk kapal masuk pelabuhan. Setelah habis discharged cargo, kapal berangkat pada jam 5.00 petang untuk ke Jiangyin yang mana mengambil masa 3 jam pelayaran. 
Demi tanggungjawab dan memastikan kelancaran operasi, anak-anak kapal tetap bekerja walaupan ketika itu saudara mara dan rakan taulan bergembira menyambut Hari Raya.

2012


Hari Raya 2012 pula, aku beraya di YiuLian Dockyard, Shekou,China bersama krew Bunga Allium. Ketika itu kapal sedang masuk dock untuk maintenance. Satu cerita yang aku akan ingat sampai bila-bila. Aku menempah 3 biji kek untuk sambutan Hari Raya. Lagi 2 hari nak raya, aku ngan seorang crew ( Adi Shafiq, org Penaga Penang) ni pegi la nak amik kek tu. Kami tak tahu yang service feri antara dockyard ke Tanah besar akan suspend sebab expecting ada typhoon. Setelah berada di bandar, kami dapat sms dr crew lain memberitahu last feri balik ialah jam 4.00 petang. Kami pn kelam kabut la, bergegas nak balik even tau kek yang di tempah tu cuma siap malam tu. Nasib kami memang xbaik. Feri terakhir untuk hari tu terlepas. (last ferry is 1130 pm on normal day)  Mahu atau tak, kene patah balik ke bandar la..Dah la cash xbanyak masa tu. Cash cuma tinggal untuk bayar kek (sekitar RMB 800.00) dan beberapa puluh RMB untuk belanja makan. Di pendekkan cerita, malam tu aku dengan Adi  berjaya jumpa hotel yang xberapa murah yang sanggup accept credit card. Kne charge RMB 210.00 (sekitar RM 105.00) .. Bermalam la kami di Shekou. Mana ada typhoon pn, tapi hujan lebat la.. Nasib kedai kek tu sanggup simpan dengan syarat kitaorg amik kek tu sebelum jam 10.00 pg.. Bahasa apa yang aku guna kan?.... bahasa ayam dan itik la..  ahahaha...  Nasib d UiTM dulu aku ada belajor Mandarin. Basic aku bleh la cakap.. nk lebih2, guna international language iaitu Tangan.. Sesiapa yang biasa keluar ke negara yang non English speaker pasti cekap guna "sign language" ni. 

 Sejarah aku belayar, tu la yang pertama kali tak balik kapal. Sebelum ni, jam brapa pun kami shore leave, sure akan balik kapal even ada yang dah tergolek kepenatan. Adi pulak punya la risau. Dia yang paling kelam kabut. Mujur Bosun masa tu, Che Sanusi ok..  Kapten time tu Capt. Rievera Jr, sms aku tanya, malam tu kami tido di mana.. Memang xsalah tido di luar jika memang xde kerja, tapi sebab typhoon tu la aku merasa tido selain dari katil di kapal semasa bertugas.  


Jika di kenang, banyak kenangan manis belayar ni. Terima Kasih kepada kawan-kawan yang pernah belayar bersama aku kerana sentiasa membantu dan memahami tugas seorang A/O. Banyak cerita, pengalaman, kisah hidup yang di kongsi oleh kawan-kawan ni untuk aku ambil sebagai panduan, iktibar dan pengajaran. Terima Kasih juga kepada Ch Cook dan Steward yang banyak memberi aku pelajaran sama ada secara lansung atau tidak.

Jika punyai jodoh, Insyaallah akan "campor" sekali di mana-mana kapal atau pun sekuang-kurangnya minum teh tarik sambil berbual ketika berjumpa di darat.


Aku nak kongsi sket pic masa raya 2013. Di Bunga Allium jugak. 2 kali direct kene naik kapal nih. Bak kata Adi tu, kalo naik kali ketiga, memang kapal tu kena tukar ngan nama aku.. ahahaha

Hari Raya Aidilfitri Bunga Allium 2013











       


   



   

No comments:

Post a Comment