Taman Eco Rimba Lata Kinjang.
Lata Kinjang merupakan satu tempat perkelahan yang terkenal sekitar Tapah. Terletak kira-kira 20km dari pekan Tapah, Lata Kinjang menawarkan suasana yang tenang dan mendamaikan. Lokasi ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan rakyat Perak amnya untuk berkelah dan mandi manda terutama di hujung minggu dan cuti umum.
Air tejun Lata Kinjang ini di percayai mempunyai 7 tingkat. Ia sangat tinggi dan dapat di lihat dari Lebuhraya Utara Selatan jika kita memandu ke Utara. Air terjun merupakan satu tarikan untuk berkunjung ke sini dan kerap di abdikan oleh lensa-lensa jurugambar.
Persekitaran yang bersih dan juga kemudahan-kemudahan asas di bina oleh pihak berwajib untuk keselesaan pengujung. Terdapat kaunter informasi, gazebo untuk kemudahan berkelah dan juga tandas awam.
Tarikan terbaru yang di bina di sini ialah Denai Keledang. Denai ini akan membawa pengunjung memanjat bukit di sisi air terjun dan akan berakhir di satu jambatan gantung. Laluan yang di bina d trek jungle trekking, (ada ke lagi trek2 yang lain??..) ini telah d perbaharui dengan simen dan konkrit yang baru dan lebih memudahkan pengguna.
Gerai-gerai kecil yang di usahakan oleh penduduk tempatan menjual makanan untuk mengujung membasah tekak dan mengisi perut. Pelbagai pilihan makanan di jual untuk di nikmati oleh pengunjung. Hasil kraf Orang Asli turut di jual kepada pengunjung yang berminat.
Untuk ke sini, pengunjung boleh memandu dari Tapah ke Chenderiang menggunakan kenderaan sendiri. Dan dari Chenderiang terus ke Kampung Kinjang. Alternatif, pengnjung boleh menyewa teksi dari Tapah atau Kampar untuk ke Lata Kinjang. Buat masa sekarang, perkhidmatan bas awam telah d hentikan kerana kekurangan penumpang.
No comments:
Post a Comment